28 June, 2010

Ku Bisikkan Kerinduan ini..

21 comment yang diterima setelah mempamirkan "Ku Bisikkan Kerinduan ini" di wall FB. Ada yang memahami..ada yang salah erti. Ayat tergantung menyebabkan pelbagai2 tafsiran yang boleh di buat, kebanyakkannya berfikiran positif.
Rindu yang teramat sangat membuatkan ak coretkan di FB. Rindu kepada dia yang mana melahirkan ak, membesarkan ak dan mendidik ak akhirnya meninggalkan ak yang mana belum sempat untuk membalas jasanya. Tahun ni 7 tahun beliau meninggalkan kami. Dengan iringan doa & Al-Fatihah buat ibuku.

Coretan Sepanjang 2010

Tahun 2010.. berwajah baru..mood baru..semangat baru. Walaupun dah bulan Jun baru nk update. Masa semakin cepat berlalu, 6 bulan berlalu 1001 macam ragam hidup perlu di tempuhi. Tahun ini ramai kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang, ada yang dah menimang cahaya mata. Tahun ini juga ak kehilangan kawan, jiran yang mana tuhan lebih menyayangi mereka.
Pelbagai perkara telah berlaku, ada yang manis ada yang pahit. Semuanya asam garam kehidupan. Bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup di muka bumi mu YA ALLAH SWT.