18 November, 2009

Kursus Induksi Khusus dan Umum Bil.130/2009

27 November 2009 - Menjalani latihan induksi khusus dan umum menjadi kepastian kepada semua kakitangan kerajaan. Ianya merupakan salah satu syarat untuk di sahkan dalam perkhidmatan bagi lantikan pertama dan kali kedua kepada staf yang di naikkan pangkat. Di UiTM ianya mempunyai Pusat Latihan yang mana terletak di Kg Gajah Perak di dalam daerah Kampar.
Gambar-gambar di bawah adalah diantara gambar yang mana sempat diambil sepanjang kursus berlangsung.
1. Tempat Penginapan
2. Team Work
3. Program Villa Jelawat
* pakej menarik 1 lagu rm 1.50 (karoke live)
3. Sejarah yang ada d' Kg. Gajah
Hanya ini sahaja gambar yang sempat di uploadkan untuk di kongsi bersama terutama ahli kumpulan 4 (bersatu)..terima kasih kepada ketua kumpulan kami en hasyim (uitm melaka) kerana berjaya memimpin ahli-ahli yang mempunyai 1001 ragam..dan tidak lupa juga kepada penghuni villa jelawat yang mana setia tinggal bersama dari mula hingga berakhirnya kursus..

16 September, 2009

Ramadhan Terakhir 2009

Ramadhan...oh ramadhan...adakah kita akan bertemu pada masa akan datang? adakah ini yang terakhir dalam hidup aku? adakah aku sempat untuk menyambut 1 syawal? semua itu sudah direncanakan oleh Allah s.a.w yang maha esa lagi berkuasa. Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Berlimpah ruah pahala yang akan diberi. Alangkah ruginya diri ini tidak merebut peluang sedemikian. "Ganjaran yang kurang menjadi rebutan"
Bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk bekerja di UiTMJB. Pada bulan ramadhan banyak program-program yang mana melibatkan staf dan student. Dengan adanya program-program sedemikian ianya secara tidak langsung memberikan ganjaran kebaikan kepada yang terlibat.Amin.
Di antara program yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan.

14 September, 2009

Salam Lebaran 2009

Pejam celik- pejam celik hari ni dah 24 hari aku berpuasa, allhamdulillah buat masa ni puasa penuh lagi..hope dapat puasa penuh tahun ni, jauh lah dari sebarang penyakit..amin. Tahun ini tak berape nak sempat menulis kad raya. Lagi-lagi di zaman serba canggih ni bertambah2 la malas nk menulis, kad raya hantar by email..cepat, mudah yang penting jimat. ok lah kepada kawan2 yang mana selalu mengikuti perkembangan semasa di blog ini.. aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

09 September, 2009

Merdeka Ke - 52

31 Ogos 2009, Ahad bersamaan 10 Ramadhan , Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 yang mana diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Semua agensi kerajaan sekitar Johor Bahru terlibat bagi menjayakan hari bersejarah ini. UiTMJB turut terlibat bagi memeriahkan, menyerikan dan meramaikan peserta yang hadir pada hari tersebut. Ini merupakan kali pertama UiTMJB melibatkan diri, harap ada kali ke 2 pada tahun hadapan untuk UiTMJB melibatkan diri serta bertanding dalam apa jua pertandingan yang diadakan oleh penganjur. Wira dan Wirawati UiTMJB dengan berbekalkan baju berwarna merah memang membara dan bertopi kuning biru dengan semangat 1 Malaysia. Terima kasih kepada penaja baju dan topi.

08 September, 2009

Kursus Pemantapan Personaliti Staf Terbilang Siri III

07 - 09 Ogos 2009 bersamaan 16 - 18 sya'ban 1430h, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan kerjasama UiTM kampus Bandaraya Johor Bahru telah menganjurkan Kursus Permantapan Staf Terbilang siri ke 3. Kursus kali ini telah diadakan di Summerset Colonial Hotel & Villas, Rompin Pahang Darul Makmur. Seramai 75 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Kursus yang menarik dan penuh dengan pengisian yang berguna. Dengan berlandaskan tiga tajuk@fokus utama seperti Merencana Diri & Keluarga Ke Arah Kecemerlangan, Keimanan & Ketaqwaan Teras serta Pengurusan Budaya Kerja Cemerlang yang mana telah di sampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Dr. Mohd Ismail bin Mustari. Disini ingin aku berkongsi berapa gambar yang sempat diambil sewaktu berlakunya kejadian tersebut.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kumpulan kami yang mana di ketuai oleh Ustaz Ali, sebulat suara memilih untuk mempersembahkan dikir barat (cam dikir rock ade jgk) berpandukan dengan tajuk yang telah diberikan oleh penganjur. Dikir yang mana telah dipersembahkan tiada kena mengena yang hidup atau yang mati, sekiranya ada ianya adalah kebetulan sahaja. Bos Senior Dan Junior Mari semua dengar cerita hamba Pasa bos kawan, pengalaman kerja Ada bos senior, ada yang junior Ada yang bagus, ada yang buruknya Kisah bos senior, umur lanjut usia Gayanya berkerja penuh rasa selamba Anak buah kerja, kene berdikari Apa nk buat, kamu piker lah sendiri Ini bos junior, umur muda belia Pantas dan cekap dia bekerja Kadang tak terkejar dek orang lama Rijid dan skem itu caranya Pasal bos senior ilmu banyaknya Pengalaman berganda, mudah cara kerja Tapi pendapat kami sukar di terima Akulah bos kamu tu siapa? Pengetahuan terkini, itu bos junior Mudah diadaptasi, keadaan semasa Tapi pengalaman kadang-kadang kurang Bila bos stress, kami lintang pukang Bila bos senior, ayat memang power Staf muda dan tua, semua ikut kata Cuma cara pendekatan, memang style lama Puas berkias, tak paham juga Bos junior pula, lain komunikasinya Straight to the point, memang paham punya Tapi orang lama, tak dapat terima Kami ni orang lama, kamu budak muda Bila ada masalah, orang lam terer Hujung jari dia, tinggal petik saja Tapi keadaan sekarang, semua berubah Rela ke tidak, hantam sajalah Bos junior kerja, mesti ada panduan Keputusannya lambat tapi berkesan Kami senang kerja, dipimpin sentiasa Apa yang terjadi, tanggung bersama Itu cerita, seloka bersama Bos senior mantap, bos junior berjaya Kami tak kisah, bos mana-mana Asalkan gaji, kami sentiasa ada Penulis Lirik : Yulie Shuriddin Tkg Karut : Muhd Firdaus Nah nu min fiq : AL-RAIS