09 September, 2009

Merdeka Ke - 52

31 Ogos 2009, Ahad bersamaan 10 Ramadhan , Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 yang mana diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Semua agensi kerajaan sekitar Johor Bahru terlibat bagi menjayakan hari bersejarah ini. UiTMJB turut terlibat bagi memeriahkan, menyerikan dan meramaikan peserta yang hadir pada hari tersebut. Ini merupakan kali pertama UiTMJB melibatkan diri, harap ada kali ke 2 pada tahun hadapan untuk UiTMJB melibatkan diri serta bertanding dalam apa jua pertandingan yang diadakan oleh penganjur. Wira dan Wirawati UiTMJB dengan berbekalkan baju berwarna merah memang membara dan bertopi kuning biru dengan semangat 1 Malaysia. Terima kasih kepada penaja baju dan topi.

1 comment:

  1. MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
    JADILAH MANUSIA YANG BERBAKTI UNTUK NEGARA, BANGSA DAN AGAMA...

    1MALAYSIA PERLUKAN KEGIGIHAN,SEMANGAT KO!!!!!

    ReplyDelete