14 March, 2013

Teman Baru Mac 2013

Bissmillahirahmanirrohim..

Mac 2013 - kini ak mencakna lagi..Allhamduilillah kerana Allah S.W.T masih menganugerahkan lagi bagi ku untuk terus bernafas di bumi yang tercinta ini. Kadang-kadang ungkapan cinta itu sendiri membuatkan manusia menjadi alpa. Kerana apa..cinta dunia melebihi segalanya..Wahai hati kembalilah kau bertahut kembali kepada pencipta yang mana cinta yang kekal abadi dan pasti sama sekali tidak akan kecewa. Cintakan Allah dan Rasulnya.

Cakna kali ini ak ingin menceritakan tentang teman baru Mac 2013. Dari Putrajaya aku memulakan perjalanan mencari teman baruku ini, meletakkan sasaran di sebuah pusat membeli-belah di sebuah kota yang dikatakan tidak pernah tidur (Kuala Lumpur)..Setelah sampai destinasi sasaran.. ak melihat banyak teman-teman baru.. "peh dah lah cantik, putih lak 2, bentuk badan..peh..memang seksi beb- petikan remaja kini" tanpa melengahkan masa ak terus ke kedai yang biasa ak kunjungi serta ditawarkan teman baru dengan harga yang berpatutan sangat. Tampa melengahkan ak terus menguruskan urusan pemindahan hak milik.. Kini teman baru menjadi milik ak (walaupun ak x akad nikah utk memiliki) kini ak berpuas hati dengan kehebatan mu samsung galaxy note II.

  

23 October, 2012

MALAYSIA MOTORCYCLE GRAND PRIX 19 – 21 OKTOBER 2012


Bissmillahirahmanirrohim..

Allhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk turut hadir ke final race moto GP pada tahun ini. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mendapatkan tiket untuk ke sana. Dengan kerjasama sahabat dari agensi yang berbesar hati memberikan tiket untuk ak ke sana. Tq bro. 

2 tiket untuk Grandstand  

Ahad- 21Oktober 2012, ak menjejakkan kaki untuk kali kedua ke Sepang International Circuit. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil sepanjang ak di sana. 

Gate 1 to 5 Main Grandstand 

Can Am Spyder

66 


Safety Car



01 October, 2012

Tak Mungkin.

Waktu itu cukup bahagia
Selesa dengan apa yang ada pada waktu itu
Ketika itu ingin ku kekal untuk selamanya

Tapi.........

Tidak mampu untuk mempertahankannya
Bersyukur kerana mempunyai pengalaman seperti itu.
Tiada apa yang kekal didunia ini..kecuali amal dan kebajikan.





24 December, 2011

UBAH & BERUBAH



Situasi 1

Word “Ubah” sekarang tidak semestinya kene tunggu satu tarikh (contohnya tahun baru). Tindakan berubah perlu dilaksanakan secara serta merta. Perlu di latih untuk membiasakan diri dengan perubahan yang akan di buat. Semestinya perubahan yang dibuat@dilatih kepada sesuatu yang lebih baik. Insyaallah sentiasa ingtkan diri ini agar tidak mengulanginya lagi. Walaupun perkara yang dilakukan tidaklah sebesar mana salahnya (bagi ak) tetapi dari segi menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan warna kulit, tutur kata dan keturunan tetapi kita perlu ingat kita di cipta oleh Tuhan yang sama “ALLAH SWT”.. ak mengakui memang perlu untuk ubah tabiat itu, sekiranya perkara sekecil ini tidak berjaya nk ubah.usah berfikir untuk mengubah perkara lebih besar dari itu...tepuk dada tanya iman.
- TQ Cik ONN-

Situasi 2

“Kau dah berubah, ak kenal kau sebelum ini tetapi  tidak  kenal kau yang sekarang” – Bila kata-kata seperti ini dilontarkan kepada ak seringkali terfikir apa yang dah berubah pada ak!!!.. ak tetap ak..sehingga hari ini ak masih memikirkannya jika bertemu @ chat ngan sesetengah kawan2 di tempat bertugas ak sebelum ini. Pernah juga ak bertanya pada seseorang bila beliau berkata2 sedemikian tetapi tiada jawapan apa yang berubah. Perkara yang sering ak terfikir, ak sombong dengan mereka?? Bila bertemu seringkali ak tegor..(jika pernah terserempak di mana2 mybe ak tak perasan maafkan ak) dan  ak mohon maaf jika ada perkara yang ak lakukan menyebabkan mereka2 ini berfikiran sedemikian dan ak tidak pernah sama sekali untuk menyalahkan sesiapa, ak berdoa agar suatu hari nanti ada insan yang sudi untuk merungkai persoalan ini.. ingin ak berhati2 untuk mengelakkan dari tercedera, ingin ak merawat bila ianya terluka agar ak tidak terlambat bila ianya telah menjadi barah..kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari  diri ak sendiri “hamba mu”..


-Ku damba keampunan kepada Mu-

16 December, 2011

Tentang Cinta

"Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai aku, dan jadikanlah aku mencitai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"

"Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri"

Petika di atas di petik dari sebuah buku yang mana telah dihadiahkan kepada aku ketika aku gagal seketika dahulu. Tersentak benak pemikiran bila menghayatinya..

11 December, 2011

Baru Jumpa Password..hehe

Lama sudah tidak mencoretkan di isi di sebabkan kesibukkan dengan kerja yang tidak pernah berkurang sama sekali. Mood untuk mencoret belum ada buat masa sekarang.

20 February, 2011

Pesan Seorang Sahabat Dia yang bernama sabahat. Setelah sekian lama dia menghilang kini muncul kembali dengan memberikan pesanan dan ingatan sebagai seorang sahabat. Tersentak benak pemikiran ini seketika, dan secara tidak langsung ak terfikir benar juga yang dikatakannya. Dengan sikap.. ak kehilangan teman, teman yang mana seketika dulu banyak mengajar ak erti kehidupan. Maafkan ak wahai teman......