19 July, 2010

Adakah Aku!!

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan .Mudah ditawan kerana sikap baik . Berperangai yang lemah lembut .Mudah berubah sikap, perangai,idea @ mood . Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitive. Otaknya aktif(sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera . Bersikap suka menangguh-nangguh . Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk . Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & Bergurau.Otaknya cerdas berangan-angan .Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang Yang sangat tertib . Pandai mempamerkan sikap . Mudah kecil hati. Mudah kena Selsema.Suka berkemas . Cepat rasa bosan . Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan . Lambat nak sembuh apabila terluka hati.Suka Kepada barang yang berjenama . Mudah menjadi eksekutif . Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

70% berkaitan amat bersetuju.

JIKA IA YANG BERNAMA KASIH

ia tidak mendengar..namun sentiasa bergetar
ia tidak buta namun sentiasa melihat & merasa
ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji
ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha
ia tidak cantik namun sentiasa menarik
ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa hadir menghampiri dengan sinar mata
ia tidak hanya berjanji..namun sentiasa cuba memenangi
ia mungkin tidak suci..namun sentiasa harmoni
ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan sepanjang masa..
abadi sudi di hati...