24 December, 2011

UBAH & BERUBAH



Situasi 1

Word “Ubah” sekarang tidak semestinya kene tunggu satu tarikh (contohnya tahun baru). Tindakan berubah perlu dilaksanakan secara serta merta. Perlu di latih untuk membiasakan diri dengan perubahan yang akan di buat. Semestinya perubahan yang dibuat@dilatih kepada sesuatu yang lebih baik. Insyaallah sentiasa ingtkan diri ini agar tidak mengulanginya lagi. Walaupun perkara yang dilakukan tidaklah sebesar mana salahnya (bagi ak) tetapi dari segi menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan warna kulit, tutur kata dan keturunan tetapi kita perlu ingat kita di cipta oleh Tuhan yang sama “ALLAH SWT”.. ak mengakui memang perlu untuk ubah tabiat itu, sekiranya perkara sekecil ini tidak berjaya nk ubah.usah berfikir untuk mengubah perkara lebih besar dari itu...tepuk dada tanya iman.
- TQ Cik ONN-

Situasi 2

“Kau dah berubah, ak kenal kau sebelum ini tetapi  tidak  kenal kau yang sekarang” – Bila kata-kata seperti ini dilontarkan kepada ak seringkali terfikir apa yang dah berubah pada ak!!!.. ak tetap ak..sehingga hari ini ak masih memikirkannya jika bertemu @ chat ngan sesetengah kawan2 di tempat bertugas ak sebelum ini. Pernah juga ak bertanya pada seseorang bila beliau berkata2 sedemikian tetapi tiada jawapan apa yang berubah. Perkara yang sering ak terfikir, ak sombong dengan mereka?? Bila bertemu seringkali ak tegor..(jika pernah terserempak di mana2 mybe ak tak perasan maafkan ak) dan  ak mohon maaf jika ada perkara yang ak lakukan menyebabkan mereka2 ini berfikiran sedemikian dan ak tidak pernah sama sekali untuk menyalahkan sesiapa, ak berdoa agar suatu hari nanti ada insan yang sudi untuk merungkai persoalan ini.. ingin ak berhati2 untuk mengelakkan dari tercedera, ingin ak merawat bila ianya terluka agar ak tidak terlambat bila ianya telah menjadi barah..kerana yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari  diri ak sendiri “hamba mu”..


-Ku damba keampunan kepada Mu-

16 December, 2011

Tentang Cinta

"Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai aku, dan jadikanlah aku mencitai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu"

"Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri"

Petika di atas di petik dari sebuah buku yang mana telah dihadiahkan kepada aku ketika aku gagal seketika dahulu. Tersentak benak pemikiran bila menghayatinya..

11 December, 2011

Baru Jumpa Password..hehe

Lama sudah tidak mencoretkan di isi di sebabkan kesibukkan dengan kerja yang tidak pernah berkurang sama sekali. Mood untuk mencoret belum ada buat masa sekarang.

20 February, 2011

Pesan Seorang Sahabat Dia yang bernama sabahat. Setelah sekian lama dia menghilang kini muncul kembali dengan memberikan pesanan dan ingatan sebagai seorang sahabat. Tersentak benak pemikiran ini seketika, dan secara tidak langsung ak terfikir benar juga yang dikatakannya. Dengan sikap.. ak kehilangan teman, teman yang mana seketika dulu banyak mengajar ak erti kehidupan. Maafkan ak wahai teman......

23 January, 2011

-PETUA MURAHKAN REZEKI-

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Perkongsian ilmu yang mana dipetik dari oh islam.

22 January, 2011

-Sarapan Minda - Lapar : Bila di serang oleh orang atasan yang mana suka membebel2.(sudah pasti perempuan) makanan : Pertama - tarik nafas dan lepaskan dengan tenang ( teknik untuk menjana minda positif) Kedua - bagi peluang kepada insan tersebut untuk melepaskan@meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.. dengar dengan tenang dan senyum. Ketiga - tunggu sampai dia habis bercakap barulah kita bersuara dan menceritakan hal yang sebenar dengan keadaan yang tenang dan tidak marah. Kenyang : bila kita tenang insyaallah kita akan berada dalam keadaan yang selamat, x elok marah2 nanti kena darah tinggi.. * jika kita turut serta untuk memarahi kembali maka kita pun sama golongan dengannya.(singa lapar) Sarapan minda ini hanya untuk perkongsian bersama sahaja tidak sesekali melibatkan mana2 individu yg hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.

17 January, 2011

Welcome 2011

Perubahan telah dibuat bagi mengwujudkan mood ak untuk menjadi bloger tegar. Terima kasih kepada yang sudi singgah sebentar meluangkan masa untuk melihat blog ini..di kesempatan ini ak nk ucapkan selamat tahun baru..kerja baru kerjaya baru tempat baru kawan-kawan baru..(kawan2 lama x ku lupakan)..macam-macam dah berlaku pada tahun 2010. Kini tirai 2011 ak harapkan bertambah-tambah rezeki, di berikan kesihatan yang berpanjangan, di berikan kesempurnaan dan di lancarkan segala urusan ku di dunia mahupun di akhirat kelak.