Situasi 1
Word “Ubah” sekarang tidak
semestinya kene tunggu satu tarikh (contohnya tahun baru). Tindakan berubah
perlu dilaksanakan secara serta merta. Perlu di latih untuk membiasakan diri dengan
perubahan yang akan di buat. Semestinya perubahan yang dibuat@dilatih kepada
sesuatu yang lebih baik. Insyaallah sentiasa ingtkan diri ini agar tidak
mengulanginya lagi. Walaupun perkara yang dilakukan tidaklah sebesar mana
salahnya (bagi ak) tetapi dari segi menghormati antara satu sama lain walaupun
berlainan warna kulit, tutur kata dan keturunan tetapi kita perlu ingat kita di
cipta oleh Tuhan yang sama “ALLAH SWT”.. ak mengakui memang perlu untuk ubah
tabiat itu, sekiranya perkara sekecil ini tidak berjaya nk ubah.usah berfikir
untuk mengubah perkara lebih besar dari itu...tepuk dada tanya iman.
- TQ Cik ONN-
Situasi 2
“Kau dah berubah, ak kenal kau sebelum
ini tetapi tidak kenal kau yang sekarang” – Bila kata-kata
seperti ini dilontarkan kepada ak seringkali terfikir apa yang dah berubah pada
ak!!!.. ak tetap ak..sehingga hari ini ak masih memikirkannya jika bertemu @
chat ngan sesetengah kawan2 di tempat bertugas ak sebelum ini. Pernah juga ak
bertanya pada seseorang bila beliau berkata2 sedemikian tetapi tiada jawapan
apa yang berubah. Perkara yang sering ak terfikir, ak sombong dengan mereka?? Bila
bertemu seringkali ak tegor..(jika pernah terserempak di mana2 mybe ak tak
perasan maafkan ak) dan ak mohon maaf
jika ada perkara yang ak lakukan menyebabkan mereka2 ini berfikiran sedemikian
dan ak tidak pernah sama sekali untuk menyalahkan sesiapa, ak berdoa agar suatu
hari nanti ada insan yang sudi untuk merungkai persoalan ini.. ingin ak berhati2 untuk mengelakkan dari tercedera, ingin ak merawat bila
ianya terluka agar ak tidak terlambat bila ianya telah menjadi barah..kerana
yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri ak sendiri “hamba mu”..
-Ku damba keampunan kepada Mu-