15 May, 2009

Menangani Tekanan

Minggu ini di antara minggu-minggu yang bz..dengan kerja yang tidak pernah abis, exam lg, dengan loan (baru selesai)...arar..dengan cuaca di luar yang panas..ak pun terpakse pergi ke klinik kepala pening..stress..so ni nk kongsi langkah2 yang mane boleh diamalakan supaya x stress melakukan kerja...selamat beramal.. 7 LANGKAH MENANGANI TEKANAN KERJA
  • Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri
  • Bersikap positif semasa melakukan kerja
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan
  • Merasa seronok bekerja

Rancang Kerja Anda

  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik

Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah

  • Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja

  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja

  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda

Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja

  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam
  • menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah

Amalkan cara Hidup Sihat

  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Tanda-tanda tekanan

  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang - tumpuan, motivasi
  • kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

1 comment: